Isnin, 19 November 2012

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sesuai Untuk Kumpulan Kanak-Kanak Didalam Matapelajaran Sains



Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sesuai Untuk Kumpulan Kanak-Kanak Di dalam Matapelajaran Sains.

            Berdasarkan kepada beberapa jenis masalah pembelajaran sains di sekolah rendah yang telah dinyatakan. Para guru harus merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai agar murid-murid mendapat ilmu pengetahuan yang bermakna untuk diaplikasikan didalam kehidupan seharian.
            Strategi pengajaran dan pembelajaran didalam kurikulum sains menekankan kepada pembelajaran berfikrah . Pembelajaran berfikrah adalah suatu proses yang boleh membantu murid-murid menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu mereka untuk membangunkan pemikiran kognitif mereka ketahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah mampu dicapai sekiranya para guru menggunakan salah satu pendekatan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:
                      I.        Inkuiri dan penemuan
                    II.        Konstruktivisme
                   III.        Pembelajaran kontektual
                  IV.        Pembelajaran masteri

            Para pelajar harus didedahkan dengan kemahiran dan strategi berfikir didalam aktiviti pembelajaranuntuk meransang perkembangan kemahiran berfikir mereka secara kreatif dan kritis. Proses pengajaran dan pembelajaran bermatlamat untuk membolehkan murid-murid menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni secara bersepadu bagi melahirkan modal insan yang seimbang.
            Aktiviti pembelajaran juga memainkan peranan yang utama didalam meningkatkan minat murid-murid didalam pembelajaran sains. Proses pengajaran dan pembelajaran yang membosankan akan menjejaskan motivasi dan tumpuan para pelajar serta mempengaruhi pencapaian mereka secara keseluruhan.            Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebijaksanaan guru-guru untuk merancang aktiviti pembelajaran. Pemilihan strategi pengajaran  dan aktiviti pembelajaran hendaklah berdasarkan kepada kehendak kurikulum, kebolehan murid,kecerdasan pelbagai murid, kemudahan sumber pengajaran danpembelajaran sertakemudahan infrastruktur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan