Ahad, 18 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5

Kelas : Tahun 5
Jumlah pelajar : 12 Orang
Tarikh : 19 September 2012
Masa : 8:00 - 9:00 pagi (1 jam)
Tema : Menyiasat Benda Hidup
Bidang Pembelajaran : 2. Kemandirian Spesis
Tajuk : Kemandirian Spesis Haiwan
Objektif Pembelajaran : 2.1 Memahami bahawa setiap haiwan mempunyai cara yang tersendiri untuk
                                             memastikan kemandirian spesisnya.
Hasil Pembelajaran : Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
                                  1. Memberi 2 contoh haiwan yang menjaga telurnya.
                                  2. Memberi 2 contoh haiwan yang tidak menjaga telurnya.
                                  3. Memberi 2 contoh haiwan yang menjaga anaknya.
Strategi Pembelajaran : Konstruktivisme dan Pembelajaran koperatif
Aktiviti Pembelajaran : Penggunaan teknologi, simulasi, perbincangan dan pembentangan.
Kemahiran Proses Sains : Memerhati, menghubung kait dan meramal dan berkomunikasi.
Nilai Murni : Menyayangi benda hidup, bekerjasama, berani, yakin dan berfikir secara rasional.
Alat Bantu Mengajar : Kit Pembelajaran, komputer riba, layar putih dan pembesar suara.
Bahan bantu mengajar : Pen penanda dan kertas manila.


Fasa Pengajaran (masa)Isi KandunganAktiviti Pengajaran dan Pembelajaran                                                                                      Catatan
Orientasi
(5 minit)
Memperkenalkan
tajuk
Aktiviti Pembelajaran : Simulasi
1. Guru akan meminta dua orang pelajar tampil ke hadapan dan
    melihat slaid yang menunjukkan gambar haiwan.
2. Pelajar 1 akan meniru bunyi haiwan tersebut.
3. Pelajar 2 akan meniru pergerakan haiwan tersebut.

Soalan :
1. Apakah nama haiwan tersebut?
2. Bagaimanakah haiwan tersebut membiak?
3. bagaimana harimau menjaga anaknya?
4. Bagaimana penyu menjaga telurnya?

Guru menerangkan tajuk pembelajaran pada hari ini adalah mengenai kemandirian spesis haiwan.
ABM/BBM
Kit Pembelajaran (Kit 1, 2, 3 dan 4)

Kemahiran Proses Sains
Memerhati
Berkomunikasi

Nilai Murni
Berani, yakin dan berfikir secara rasional.


Pencetusan idea
(20 minit)
Mengetahui pengetahuan sedia ada muridAktiviti Pembelajaran: Perbincangan / Pembentangan
1. Murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan menyelesaikan tugasan yang berbeza.
3. Contoh :
  • Kumpulan A - Menyenaraikan 4 jenis haiwan yang menjaga telurnya dan bagaimana?
  • Kumpulan B - Menyenaraikan 4 jenis haiwan yang tidak menjaga telurnya dan bagaimana?
  • Kumpulan C - Menyenaraikan 4 jenis haiwan yang menjaga anaknya dan bagaimana?
4. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan  mereka.
 ABM/BBM     Kit Pembelajaran (Kit 5,6,7 dan 8)                               Kemahiran Proses Sains Berkomunikasi, Menghubungkait dan meramal           Nilai Murni   Yakin, berfikir secara rasional, bekerjasama dan sifat ingin tahu terhadap alam sekeliling                      




Penstrukturan Semula Idea
(20 minit)
Mengolah idea dan mendapat murid-murid menjadi kerangka pengetahuan yang baruAktiviti Pembelajaran :  Perbincangan
1. Guru menayangkan slaid mengenai cara-cara haiwan yang;
    a. Menjaga telurnya
    b. Tidak menjaga telurnya
    c. Menjaga anaknya
2. Guru membetulkan idea atau pendapat murid yang kurang tepat berdasarkan kepada pembentangan mereka.

ABM/BBM
Kit Pembelajaran (Kit 9,10,11,12,13 dan 14)

Kemahiran Proses Sains
Berkomunikasi

Nilai Murni
Yakin dan berfikir secara rasional





Aplikasi Idea
(10 minit)
Mengaplikasi pengetahuan baru di dalam kehidupan seharianAktiviti Pembelajaran : Perbincangan
Soalan Uji Minda :
1.  Bagaimana cara ikan paus menjaga anaknya?
2.  Murid diberi semasa selama 2-3 minit untuk berbincang di  
     dalam kumpulan.
3.  Guru menayangkan slaid dan menerangkan cara ikan paus
     menjaga anaknya?
4.  Guru menerangkan ikan paus adalah mamalia dan
     menerangkan ciri-ciri mamalia.
ABM/BBM
Kit Pembelajaran
(Kit 15)

Kemahiran Proses Sains
Berkomunikasi
Menghubungkait dan meramal

Nilai Murni
Berani, yakin dan berfikir secara rasional




Refleksi
(5 minit)
Peneguhan Aktiviti Pembelajaran : Perbincangan
1. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa 
    terdapat;
  • Haiwan yang menjaga telunya.
  • haiwan yang tidak menjaga telurnya.
  • haiwan yang menjaga anaknya.
2.  Guru menegaskan kepentingan haiwan memastikan kemadirian spesisnya dan mengedarkan lembaran kerja individu kepada pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan